Saturday, April 18, 2009

Minum air limau kasturi menghilangkan bau badan


Adakah anda mengemari teh o ais limau, teh o limau suam,dan sirap limau.Biasa di kedai-kedai makan pekedai menggunakan limau kasturi selain daripada limau nipis, mungkin limau kasturi lebih murah.Tahukah anda bahawa jika kita selalu mengamalkan meminum air limau tak kira la limau kasturi atau limau nipis ia berupaya mengurangkan bau badan yg terhasil drpda peluh.

Friday, April 17, 2009

Daging cepat empuk


Ini ada satu lagi petua berguna terutamanya bagi penggemar daging dan juga yang suka menyediakan menu berasaskan daging. Daging yang tidak direbus lama pastinya liat bila dikunyah... hal ini akan mendatangkan masalah yang lebih parah bagi mereka yang bergigi palsu.. Oleh itu daging perlu direbus lama supaya ia lembut dan mudah dikunyah apabila dimakan. Untuk menjimatkan gas memasak dan masa, anda boleh merebus daging tersebut bersama akar daun pandan atau betik muda. Daging yang direbus akan empuk dalam masa yang singkat... Cubalah...

Lengkuas


Lengkuas boleh menghilangkan panau.Caranya beli di kedai atau gali lengkuas belakang rumah.Selepas itu belah lengkuas itu kemudian baru lah gosok ke bahagian berpanau di badan anda biarkankan saja tak perlu dicuci sehingga anda ingin mandi.

Thursday, April 16, 2009

Mentimun boleh hilangkan parut


Mentimun boleh menghilangkan parut luka jerawat yg kelihatan kehitaman. Caranya mudah aje! potong di bahagian kedua-dua hujung mentimum(biasa kita buang bersama dgn kulit) yg masih bergetah dan pahit kalau digigit. Selepas itu sapukan getah ke kawasan parut samaada di muka atau luka bahagian lain. Biarkan dalam beberapa minit lepas tu bilas dgn air bersih(sebaiknya gunakan air suam). Amalkan dan lihat kesannya.

100 plus boleh ubatkan pening kepala


Air 100 plus boleh hilangkan pening kepala? Daripada sembang2 dgn seorg kawan di tempat kerja,masa tu saya mengadu tengah sakit kepala dan pening2 sket.Dia syorkan pada saya ambik separuh gelas 100 plus campur dgn air biasa(masak,mineral) kemudian minum.Katanya tak payah ambil penadol kerana ia mempunyai kesan jangka panjang pada tubuh manusia. Try lah..

Wednesday, April 15, 2009

Susur kelapa


Pernahkan anda mengalami resdung dan berjerawat batu, saya nak ceritakan pengalaman saya semasa remaja pernah mengalami resdung yg teruk dan muka dipenuhi jerawat batu. Semasa sekolah ada kawan menyindir saya supaya membuat pembedahan plastik kerana jerawat yg teruk.Pelbagai ubat sapu dan makan saya dan cuba masih tak surut2 jerawat dan kerap bersin diwaktu pagi.Dengan izin Allah bapa saya membawa balik beberapa akar pokok susur kelapa, mulanya bapa saya menyuruh jemurkan dahulu sehingga kering kemudian ambil belakang pasu bunga dan letakkan sedikit air asah akar susur kelapa sehingga keluar pati (macam asah kayu manis) .Sapukan kemuka ia akan kering dgn cepat kelihatan macam bedak sejuk. Alhamdullilah seminggu sahaja saya mengamalkan petua ni kerana malas nak mengasahnya tiap-tiap malam sebelum tidur kesannya sehingga hari ini muka saya tidak lagi dihingapi jerawat dan kurang masalah resdung .Makan pun takde la jaga sangat.
Cara nak cari akar susur kelapa senang aje! kalau ada kenalan berbangsa india mungkin ada menanam pokok ini disekitar rumah mereka. Kesan petua ni amat menakjubkan, kulit muka saya seperti tidak pernah dihinggapi jerawat.

Bertungku batu


Mengempiskan perut dgn bertungku batu, sesuai dgn golongan lelaki yg berperut boroi, sebaiknya gunakan batu sungai yg berbentuk sedikit tajam ataupun berbucu(jangan tajam macam kapak dah la..) agar senang menekan ke perut dgn perlahan semasa bertungku , agar kepanasan habanya menyerap.Kalau ingin kesan yg baik balut dgn daun mengkudu kemudian barulah balut dgn kain.