Saturday, April 18, 2009

Minum air limau kasturi menghilangkan bau badan


Adakah anda mengemari teh o ais limau, teh o limau suam,dan sirap limau.Biasa di kedai-kedai makan pekedai menggunakan limau kasturi selain daripada limau nipis, mungkin limau kasturi lebih murah.Tahukah anda bahawa jika kita selalu mengamalkan meminum air limau tak kira la limau kasturi atau limau nipis ia berupaya mengurangkan bau badan yg terhasil drpda peluh.

Friday, April 17, 2009

Daging cepat empuk


Ini ada satu lagi petua berguna terutamanya bagi penggemar daging dan juga yang suka menyediakan menu berasaskan daging. Daging yang tidak direbus lama pastinya liat bila dikunyah... hal ini akan mendatangkan masalah yang lebih parah bagi mereka yang bergigi palsu.. Oleh itu daging perlu direbus lama supaya ia lembut dan mudah dikunyah apabila dimakan. Untuk menjimatkan gas memasak dan masa, anda boleh merebus daging tersebut bersama akar daun pandan atau betik muda. Daging yang direbus akan empuk dalam masa yang singkat... Cubalah...

Lengkuas


Lengkuas boleh menghilangkan panau.Caranya beli di kedai atau gali lengkuas belakang rumah.Selepas itu belah lengkuas itu kemudian baru lah gosok ke bahagian berpanau di badan anda biarkankan saja tak perlu dicuci sehingga anda ingin mandi.

Thursday, April 16, 2009

Mentimun boleh hilangkan parut


Mentimun boleh menghilangkan parut luka jerawat yg kelihatan kehitaman. Caranya mudah aje! potong di bahagian kedua-dua hujung mentimum(biasa kita buang bersama dgn kulit) yg masih bergetah dan pahit kalau digigit. Selepas itu sapukan getah ke kawasan parut samaada di muka atau luka bahagian lain. Biarkan dalam beberapa minit lepas tu bilas dgn air bersih(sebaiknya gunakan air suam). Amalkan dan lihat kesannya.

100 plus boleh ubatkan pening kepala


Air 100 plus boleh hilangkan pening kepala? Daripada sembang2 dgn seorg kawan di tempat kerja,masa tu saya mengadu tengah sakit kepala dan pening2 sket.Dia syorkan pada saya ambik separuh gelas 100 plus campur dgn air biasa(masak,mineral) kemudian minum.Katanya tak payah ambil penadol kerana ia mempunyai kesan jangka panjang pada tubuh manusia. Try lah..

Wednesday, April 15, 2009

Susur kelapa


Pernahkan anda mengalami resdung dan berjerawat batu, saya nak ceritakan pengalaman saya semasa remaja pernah mengalami resdung yg teruk dan muka dipenuhi jerawat batu. Semasa sekolah ada kawan menyindir saya supaya membuat pembedahan plastik kerana jerawat yg teruk.Pelbagai ubat sapu dan makan saya dan cuba masih tak surut2 jerawat dan kerap bersin diwaktu pagi.Dengan izin Allah bapa saya membawa balik beberapa akar pokok susur kelapa, mulanya bapa saya menyuruh jemurkan dahulu sehingga kering kemudian ambil belakang pasu bunga dan letakkan sedikit air asah akar susur kelapa sehingga keluar pati (macam asah kayu manis) .Sapukan kemuka ia akan kering dgn cepat kelihatan macam bedak sejuk. Alhamdullilah seminggu sahaja saya mengamalkan petua ni kerana malas nak mengasahnya tiap-tiap malam sebelum tidur kesannya sehingga hari ini muka saya tidak lagi dihingapi jerawat dan kurang masalah resdung .Makan pun takde la jaga sangat.
Cara nak cari akar susur kelapa senang aje! kalau ada kenalan berbangsa india mungkin ada menanam pokok ini disekitar rumah mereka. Kesan petua ni amat menakjubkan, kulit muka saya seperti tidak pernah dihinggapi jerawat.

Bertungku batu


Mengempiskan perut dgn bertungku batu, sesuai dgn golongan lelaki yg berperut boroi, sebaiknya gunakan batu sungai yg berbentuk sedikit tajam ataupun berbucu(jangan tajam macam kapak dah la..) agar senang menekan ke perut dgn perlahan semasa bertungku , agar kepanasan habanya menyerap.Kalau ingin kesan yg baik balut dgn daun mengkudu kemudian barulah balut dgn kain.

Cara org dulu2 mencuci rambut


Caranya senang aje..ambil segenggam daun bunga raya dan campurkan dgn sedikit air kemudian ramas sehingga lumat dan mengeluarkan lendir . Sapukan rata ke atas rambut anda. Pasti rambut akan kuat akarnya,lebih lurus dan boleh mencegah kelemumur.Lagipun cara ni lebih ekonomi dan tidak ada bahan kimia seperti syampo lain..

khasiat teh


Berita baik untuk penggemar2 Teh ... Teh sebenar nya baik untuk kesihatan anda.Di Malaysia , ramai orang suka minum teh tarik . Teh tarik adalah teh yang dibancuh bersama 2 dgn susu pekat dan di goncang atau di-tarik2 beberpa kali untuk mensebatikan teh dan susu. Walaupun teh (tanpa pengawet dan pewarna) baik untuk kesihatan , tetapi susu pekat (condensed milk) banyak mempunyai kandungan gula yang tidak bagus untuk diet .Di Jepun dan Cina , mereka percaya bahawa dengan meminum teh beberpa kali setiap hari dapat mengurangkan risiko penyakit kanser .Khasiat2 dari daun Teh mengurangi kadar lemak & kolesterol dalam darah sehingga meningkatkan kesegaran dan kelangsingan tubuh, boleh melegakan ulser perut, ketidakhadaman, loya, sembelit, pedih ulu hati dan tekanan saraf boleh mengurangkan perasaan gementar membantu ada mengekalkan kulit yang sihat dan licin (boleh dibuat mandian, bagi yang mempunyai masalah 'Athlete's Foot' (kutu air), rendamkan kaki bersama air teh(jangan taruk gula nanti semut gigit) selama 1/2 jam selama beberapa hari dalam seminggu, insyaAllah kalau diamalkan petua ni pasti anda tidak akan kecewa.

Petua memanjangkan jangka hayat bateri


Petua ini mudah aje..Cari atau beli, jangan curi ye. berdosa!!.minyak tanah..atau minyak gas . Pertama rendam semalaman bateri lama yg dah abis power. Selapas rendam semalaman cuci dgn kain dan biarkan ia kering . Kemudian pasang la balik kat radio atau aper2 peralatan berbateri.InsyaAllah berkesan.

P/s :Bateri ini tak termasuk bateri kereta dan henset ! kereta kontrol boleh la.Contoh yg bateri yg macam gambar di atas.

Petua hendak kurus


Setiap pagi minumlah air perahan limau nipis.. Kalau susah nak minum air limau nipis tu minum je air kordial berperisa limau ataupun mangga (tak kisah aper pun asalkan masam) . Tapi jangan letak gula... Pasti anda akan membuang air setiap pagi dengan jayanya... Tak caya cubala try petua ni..