Friday, April 17, 2009

Daging cepat empuk


Ini ada satu lagi petua berguna terutamanya bagi penggemar daging dan juga yang suka menyediakan menu berasaskan daging. Daging yang tidak direbus lama pastinya liat bila dikunyah... hal ini akan mendatangkan masalah yang lebih parah bagi mereka yang bergigi palsu.. Oleh itu daging perlu direbus lama supaya ia lembut dan mudah dikunyah apabila dimakan. Untuk menjimatkan gas memasak dan masa, anda boleh merebus daging tersebut bersama akar daun pandan atau betik muda. Daging yang direbus akan empuk dalam masa yang singkat... Cubalah...

No comments:

Post a Comment

Post a Comment