Wednesday, April 15, 2009

Susur kelapa


Pernahkan anda mengalami resdung dan berjerawat batu, saya nak ceritakan pengalaman saya semasa remaja pernah mengalami resdung yg teruk dan muka dipenuhi jerawat batu. Semasa sekolah ada kawan menyindir saya supaya membuat pembedahan plastik kerana jerawat yg teruk.Pelbagai ubat sapu dan makan saya dan cuba masih tak surut2 jerawat dan kerap bersin diwaktu pagi.Dengan izin Allah bapa saya membawa balik beberapa akar pokok susur kelapa, mulanya bapa saya menyuruh jemurkan dahulu sehingga kering kemudian ambil belakang pasu bunga dan letakkan sedikit air asah akar susur kelapa sehingga keluar pati (macam asah kayu manis) .Sapukan kemuka ia akan kering dgn cepat kelihatan macam bedak sejuk. Alhamdullilah seminggu sahaja saya mengamalkan petua ni kerana malas nak mengasahnya tiap-tiap malam sebelum tidur kesannya sehingga hari ini muka saya tidak lagi dihingapi jerawat dan kurang masalah resdung .Makan pun takde la jaga sangat.
Cara nak cari akar susur kelapa senang aje! kalau ada kenalan berbangsa india mungkin ada menanam pokok ini disekitar rumah mereka. Kesan petua ni amat menakjubkan, kulit muka saya seperti tidak pernah dihinggapi jerawat.

No comments:

Post a Comment